Menciptakan Daya Magnetisme dalam Pengajaran Bahasa: Penerapan pada Teks Sastera
IKHTISAR: Mengajar subjek Bahasa Melayu dengan bersumberkan bahan sastera memberi impak kepada sebilangan guru di sekolah. Melalui mengajar, seorang guru mengekspresikan keperibadiannya. Salah satu cara untuk merealisasikan integriti guru ialah dengan mempunyai ilmu dalam bidang sastera. Justeru, dalam konteks pedagogi, di samping ilmu pengetahuan, guru harus mencipta kredibiliti sebagai guru yang unggul bagi melunaskan pengajaran yang berkesan di bilik darjah. Maka, guru perlu mencipta daya magnetik sebagai satu langkah untuk menarik perhatian terhadap guru. Oleh itu, guru perlu memiliki “aura” supaya pelajar tertarik dan sanggup memberi tumpuan terhadap pengajaran yang sebenar. Bakat, perwatakan, penampilan, ilmu, keprofesionalan, kejatidirian, dan kebolehan mengurus merupakan indikator yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru berlandaskan teks sastera agar pengajaran bahasa lebih kukuh. Akhir sekali, daya magnetis yang mempunyai elemen kreatif dan inovatif, komunikatif, dan gerak badan perlu dipupuk dari semasa ke semasa.
KATA KUNCI: Bahasa Melayu, pengajaran bahasa, teks sastera, daya magnetik, para pelajar, dan profesionalisme guru.
ABSTRACT: Teaching the Malay language by using the literary materials still give some impact on the number of teachers in schools. By teaching, a teacher actualizes his/her character. One of how to realize the integrity of the teacher is to have knowledge in the literature. Thus, in the context of pedagogy, in addition to knowledge, the teacher should create credibility as a great teacher for effective teaching honor in the classroom. Therefore, teachers need to create a magnetic force as a way to draw attention to the teacher. Accordingly, teachers should have the “aura” so that students are interested and willing to focus on actual teaching. Talent, character, appearance, knowledge, professionalism, identity, and ability to manage self-powerness can be an indicator that can attract students to create teaching based on literary texts and yet that language teaching can be more effective. Finally, magnetic force that has creative and innovative elements, communicative, and body gesture should be developed from time to time.
KEY WORD: Malay language, teaching language, literature text, magnetic force, students, and teacher professionalism.
About the Author:
Dr. Naffi Mat ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat emel: napiemat@gmail.com
